Followers

I Believe-irfan Makki Ft. Maherzain Mp3

Saturday 9 July 2011

Diariku Seorang Warden


Diari Seorang Warden

Kring !!! alarm : *wooo..shakira_Waka_waka* is time to wake up !!!


بسم لله الرحمن الرحيم ......."الحمد لله الذي أحيان بعدما أماتنا واليه النشور"
4.30 a.m :
Out to kitchen , jerang air ( bancuh teh’o @ vico ) + sediakan biskut bergula sribu…
Switch’on the light :  hostel Darul-Qadni & Sibaweh “Bangun Subuh” “dengan  kiraan 5 ustaz nak semua bangun(1..2..3..4..5 ) turun dari katil , terus ambik kain tuala p mandi” itulah statement yang selaluku gunakan time gerak budak2 ni bangun…
…”...."الصلاة خير من النومالله أكبر ألله أكبر”….. azan subuh berkumandang…
Bermacam-macam kerenah budak-budak asrama ni, ada yang menangis . “Ustaz !! “kain tuala hilang, baldi hilang, baju sekolah hilang” segala macam hilang > Aduhai ada yang “kencing dlm seluar la, atas katil la” (sabar je la).. Selesai solat subuh, “time to take your breakfast” !!

 6.30 a.m :
Kemas asrama !!!! Sapu sampah, kemas katil, susun kasut , buang sampah…”jangan lupa sidai kain tuala” “bakul baju jgn lupa angkat letak dalam bilik ustaz ye” ..hari jumaat sahaja(spotcheck)..itulah routine harian budak-budak di asramaku…

7.00 a.m : “Kemaskan asrama dulu baru boleh pi sekolah”  “Sebelum antum pi sekolah , semua kena salam dengan ustaz dulu , baru dapat berkat”…*jangan tidur dalam kelas tau* pesan seorang ustaz kepada anak buahnya..

8.30 a.m : Tugasku bermula, siapkan minuman pagi, sapu meja, lantai dan serve makanan…Almaklumlah, anak-anak buahnya time makan je tersangatlah “punctual” pada waktu….kuselangkan tugasku dengan solat Dhuha bersama-sama dengan para pelajar..terasa nikmatnya hidup ini.Alhamdulillah Allah ma’ani.

12.30 p.m : Serve makanan, sapu meja, cuci longkang, sapu sampah, buang sampah, masak nasi dan solat fardhu Zohor.

4.00 p.m : Dum Dum Dum “Ustaz!! kami dah balik !!” dush dush … buat seketika waktu , asramaku telah bertukar menjadi “Pesta Fun-fair” ..melompat dari satu katil ke satu katil like as “flying coaster”, kejar-mengejar ala2 “roller coaster”,perang sana sini mengalahkan perang ”pearl harbour”, toilet pula dijadikan “sunway lagoon” tempat bermandi- manda dan concert free show..berus gigi dijadikan microphone, baldi pula dijadikan drum ..arghh !!  habis segala shampoo ,shower bath “lifebuoy” aku habis digunakan oleh mereka..hurm.. !! dah tidak berdaya untukku menghalang kebuasan dan sifat agresif budak-budak ni..Hanya Tuhan Sahaja Yang Tahu  ….
5.00 p.m : “Cepat! Cepat bersiap. Dah nak solat asar ni”..
Setelah selesai solat, “periuk nasi, belanga, cawan, pinggan mangkuk,senduk, sudu garpu  yang bertaburan di atas meja mahupun di dalam longkang semuanya akanku kutip dan basuh sedikit demi sedikit “.
“Hey guys ..time to play !!” wahhh …pantang di ajak, terus berlari ke padang… *jangan lupa bawa bola tau” pesanku pada anak-anak buahku…ada yang main rugby, police n three, takraw, bola tampar, ping-pong, gasing, bola sepak ..macam-macam la…*mengingatkanku di usia kecil ku dulu*. 

Kring !!!! Masa main dah tamat !!! time makan malam..
“alorh !! ustaz ni , relax la dulu, awal lagi , tambah lagi 5 minit - ustaz kan baik, sporting,hensem plak tu ” adess !! anak buah sudah pandai mengajar ustaznya.

7.00 p.m : Bersiap solat Maghrib !!! berzikir, membaca Al-Quran,Al- Mathurat ,solat sunat,usrah, solat Isya’ dan diakhiri dengan Al-Mulk/ Al-Waqiah .Malam Jumaat ( bacaan surah yasin & tahlil ).

9.00 p.m : “Prep !! Prep !! tak mau main, masa study kena study”..semua students dari tahun satu sehinggalah tahun lima digabungkan sekali …pergh !! memang terbaik ..(prep yang sungguh berkesan)..macam-macam kerenah dapatku lihat…ada yang tidur, makan, almaklumlah belajar dari jam 7.45 pagi- 4.00 petang. (homework , hafalan,study ) mesti penat !!murid-murid tahun enam pula semakin busy dengan tuisyen UPSR dari jam 8.30- 10.00 malam.(maat taufiq wannajah fil imtihan)

10.30 p.m : Masa untuk tidur !! Ingat !!  besok nak bangun awal .Sebelum tidur basuh kaki dulu , baca doa tidur sama-sama !!! بسم الله الرحمن الرحيم . بسمك اللهم أحيانا وأموت , أمين
Indah sungguh pengalaman sebagai seorang warden ..kudoakan agar anak-anak buahku ini mendapat keberkatan dari-Mu dan terus menjadi insan yang  berjaya di dunia dan akhirat.


Semoga kenangan yang terukir di SRIBU akan terus dikenang buat selamanya.Amin.
Coretan : 28 Jun 2011 (0246 am) ~ Ustaz Afandi~

1 comment:

  1. salam, walau kat mana pun kita berada.. sribu, fen, bismi, faizul.. semuanya tetap dalam ingatan..

    ReplyDelete