Followers

I Believe-irfan Makki Ft. Maherzain Mp3

Saturday 30 July 2011

Cakerama : Suara Takdir



Reza Hasbi

Lokasi : Rumah ( Depan TV)
Masa : 10.00 malam
Mood : Happy !!! Cerita best !!
 
Assalamualaikum..  serius aku katakan, !! jarang untuk aku nk tengok tv..tiba2 malam ni kebetulan aku tengok Cakerama Suara Takdir ......


Sinopsis Cerita ::

Jom tengok soundtrack yang ada dalam cerekarama bertajuk Suara Takdir lakonan Lisdawati ni.. Oh ya.. Nama pelakon yang berlakon watak Aliff a.k.a Farhan itu ialah Reza Hasbi, beliau ialah pemenang tempat kedua pentas PILIH KASIH.. Suka tengok muka dia.. Macam sweet.. Ops! Jangan lebih-lebih.. 
cerita mengisahkan seorang ayah ( tukang kasut ) yang menyara kehidupan keluarganya. Namun, isterinya curang dengan meninggalkan suaminya dan berjumpa dengan ex-bf nya...setelah 8 tahun perkahwinan akhirnya berpisah sebegitu sahaja...
isterinya (lisdawati) dan anknya ( Reza Hasbi ) telah meninggalkan suaminya dan berjumpa dgn ex-bf nya...dalam pergelutan itu, lisdawati telah di tikam depan2 anaknya Aliff a.k.a Farhan (Reza Hasbi) ......bermula dr situ lah....kehidupan nya berubah...

Di akhir cerita itu, ayahnya kembali berjumpa dgn anaknya Aliff a.k.a Farhan( Reza Hasbi)..time tu, bg aku tersangat2 sedih apabila anaknya tidak mengaku itu ayahnya !! dan ayahnya melutut di kaki anak nya.. Ya Allah...sayu rasa hati ni tengok scene yg mcm tu...tersangat2 sedih... !!!
bagi aku drama aku bagi gred A++++ . Aku menangis kot di akhir cerita.. :'(
http://www.youtube.com/watch?v=eLJf4sMkrYM

REPVBLIK - HANYA INGIN KAU TAHU
Gred A+++ aku bagi !!!!

Ku tlah miliki
Rasa indahnya perihku
Rasa hancurnya harapku
Kau lepas cintaku

(1)
Rasa kan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu

(2)
Houoo aku
Hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

(3)
Tuk lalui
Waktu yang tersisa kini
Di setiap hadirku
Di sisa akhir nafas hidupku

Walaupun semua
Hanya ada dalam mimpiku
Hanya ada dalam anganku

Ku lewati itu
P/s :: itu je yang aku boleh share .... selamat malam semua !! nunite .....

The Owner Of This Blogger

The Owner ( Fendy )



Rasanya tak pernah lagi aku bercerita tentang diriku...so, kali ni aku nk cita backgroud fendy ni sebenarnya SIAPA ???

Nama : Nor Afandi Bin Mohd Sohime
Bufday : 21 October 1991
Asal : Penang

Pendidikan :
1) Sekolah Rendah Permatang Damar Laut
2) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Mashoor (L)
3) University Of Malaya, Kelantan( Foundation Syariah )
4) University Of Malaya KL ( Bachelor Of Syariah Law )

Kerja :
1) Sales Assistant Sunshine Square ( Dec 2008- Jan 2009 )
2) Cashier Marrybrown ( Jan 2009- Feb 2009 )
3) Clerk Jabatan Agama Islam Penang ( March 2009- May 2009 )
4) Teacher Sek. Rendah Islam Bahrul Ulum ( March 2011- Jun 2011 )
5) Waiter Restoran Ikan Bakar ( Jun 2011 )
6) Operator Penang Seagate Industries ( Julai 2011 )

Adik beradik : 2 shj ( seorang kakak )
Hobi : Sukan / Facebook /  Blogger
Cita : Peguam ( InsyaAllah )

-Hope korang semua yang dah baca  tntg diri aku ni, jadi la followers aku - thanks .....

Wednesday 27 July 2011

I'm Really LOVE U

SERIUS Aku Sayang Pada MU!!!!!

Dah 2 tahun kita kenal, 
pandangan 1st terus membuatkan aku Jatuh Cinta ,
badanmu, voice mu, semua la, aku sangat SUKA...

Setiap hari aku bersama dgn Mu,
kita pernah Tidur Skali, Makan+Minum Skali, Mandi skali n semua la skali...

Sungguh !! Aku Sayang Padamu,
kadang2 time KAU tidur,  aku gerakkan Mu, 
suruh kau menyanyi, ambik photo, ambik video dgn Mu...
segala rahsia ku kau tahu...

Tapi kini, 
semuanya telah berubah...
kau dh stat buat perangai...
dulu semua di dalammu boleh ku lihat begitu saja...
KAU x kisah langsang, but sekarang..
semua nya x boleh...
KENAPA ???? apa salah aku...
setahu aku, aku dah jaga Mu dgn baik,
aku belai mu, even kawan2 ku nk pegang tubuhmu pun ku halang,
hanya ku saje yang boleh....

SEKARANG, 
hanya boleh kulihat luaran (cover) mu sahaja,
itu pun, gelap....
kau dah x sama seperti dulu...
jauh beza !!! SANGAT JAUH BEZA !!!

ikhlas aku katakan, aku sangat rindu padamu..
Aku sepi tanpa kehadiranmu..
aku mahu kau seperti dahulu,
seperti 2 tahun yang lalu,


KERNA AKU SANGAT SAYANG PADA KAU
Nokia N95 ~~~




Wednesday 20 July 2011

Seagate

PENANG SEAGATE INDUSTRIES [M] SDN BHD
Aku dicampakkan ke Department CleanRoom line *ION MILLLING*....
so, everything bout Milling aku Wajib kena tau...segala formula2, step , procedure n so on...fuhh !! contohnya , the basic yg aku kena tau 4 ni :
1-STEP01 MILL
2-POST MILL INPECTION
3-MILL00 MILL
4-CAVITY01 MILL



Di Department Cleanroom ada byk line : DCL , ION Milling, Photo (yellow) n so on..aku pun dh lupa, so, aku sendiri decide nk line yg byk guna formula Math + Physic + Computer :
then trainer aku (kak Ema) pun letak aku kat line ION Milling...
so, kat situ aku kena tau semua ni :: after 6 month keja kami ada exam oooww !!! menda ni la aku kena stdy :
everything bout ION MILLING's here :

ION MILLING ::

Tujuan Milling - Untuk membentuk mewujudkan (pattern) kekal pada permukaan ABS dengan menggunakan gas organ

Tujuan IMETS - untuk mengelakkan berlakunya over etch yang disebabkan operator dan menyimpan data2 semasa dan selepas menjalankan proses

Maksud IMETS - 1 on milling etching time system

Tujuan Wyka Calibration- supaya standard devision berada pada setiap yang ditetapkan.

Tujuan Wykro - untuk mengukur kedalaman hakisan etching pada slider.

Pump Down Time - untuk mengepam udara keluar daripada chamber.

Tujuan External Chock : untuk kawal remaining time.

Air Knife : menanggalkan partical yang melekat pada carrier.

Cover Shield : Melindungi carrier daripada terjatuh.

Graphic Pad : Menahan kepanasan haba organ gas.

Dept 17000 is a highest Dep 
14000 / 13900 ( min : plus 100 )

ETCH Rate : 590 and above ( 3 times )
5500-8300 ( min : plus 70 )

Chip : 1st [2 : 6] , 2nd [4 : 8] , 3rd [2 : 6] , 4th [4 : 8] 



so, ini lah serba sedikit tentang kerja aku kat Penang Seagate Industries, walaupun baru 2 minggu banyak juga la yang aku dapat belajar ...best la, life kat sana macam family ::

Cik Dayalan, Kak Ha, Kak Ema, Kak Liana, Abg Khairi, Abg Saiful Bahari, Abe, Abg Nazri, Abg Naz dan lain2 lagi, tq sangat2 sbb dah banyak tolong >> break, kerja, happy semua skali.. mmg best la ngn korang, 
sedih la nk tinggalkan seagate..
tp dh terpaksa demi mengejar cita-cita..
kalau ada rezeki,
One day  i'll be there 
I'M Really LOVE U SEAGATE ~~~




Facebook kita selepas kita mati?

 






mari kita renung-renungkan bersama
fikir-fikirkan bersama
jika satu hari nanti kita mati,
akaun facebook ini hanya kita yang tahu password
hanya kita yang boleh access..

dan
selepas kita mati..
apa yang jadi pada akaun fb kita?
mungkin ada yang akan ucapkan takziah
mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu
tetapi..
sedarkah kita
gambar-gambar kita..
akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur?
gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna
macam mana nanti?
lelaki ajnabi terus-terusan tengok
dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita..
walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada..
saham dosa terus meningkat..
macam mana?
pernah terfikir tak?
tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti?
legging dan jeans ketat, seluar pendek , boleh selamatkan kita?
baju yang membalut aurat itu, bagaimana?
mungkin kini
kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik
tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya
tapi di akhirnya nanti..
semua itu tidak akan membawa erti
semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup
di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita
cuba kita renung-renungkan,
saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat
tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan~
jagalah maruah diri sebagai seorang muslimah
mati itu pasti
persiapkan diri untuk mati itu perlu
moga Allah redha dengan perkongsian ini
amin~
renung-renungkan dan selamat beramal :)
●●●●⊱●●⊱●●⊱Sebar-sebarkan Semoga Bermanfaat ●●⊰●●⊰●●●●

Sunday 17 July 2011

Syariah Law


JABATAN SYARIAH LAW
4 TAHUN

1. Sistem Kehakiman Islam
2. Kontrak Muamalat
3. Undang-undang Islam Dan Masyarakat
4. Undang-undang Keluarga Islam
5. Undang-undang Pusaka, Wasiat, Hibah
6. Undang-undang Jenayah Syariah
7. Undang-undang Acara Mal
8. Undang-undang Kontrak
9. Undang-undang Jenayah
10. Undang-undang Keterangan Islam 1
11. Undang-undang Keterangan Islam 2
12. Undang-undang Acara Jenayah Syariah
13. Undang-undang Tort
14. Undang-undang Harta Intelek
15. Undang-undang Tanah
16. Undang-undang Keganasan Terhadap Wanita
17. Undang-undang Pengguna
18. Undang-undang Zakat Dan Baitulmal
19. Undang-undang Perlembagaan Islam
20. Undang-undang Islam dan Gender
21. Undang-undang Dan Fatwa Di Malaysia
22. Undang-undang Muamalat Islam
23. Undang-undang Dan Pentadbiran Wakaf
24. Mediasi Syariah
25. Amalan Profesional
26. Krimologi Islam
27. Moot 1
28. Moot 2
29. Latihan Industri 1
30. Latihan Industri 2
31. Kertas Projek

15 Julai 2011 - Doa Dimakbulkan

Alhamdulillah.....

Ijazah Sarjana Muda Syariah Dan Undang-undang...

Pertama kalinya aku bersyukur ke Hadrat-Mu Ya Allah kerana memberi peluang untukku meneruskan cita2 aku sejak dari sekolah menengah lagi...

1) sungguh aku x sangka aku telah dipilih oleh-mu untuk mendalami ilmu syariah dan undang-undang..

2) time pemilihan kos aku pilih : 

1st : Syariah Dan Undang-undang
2nd : Pengurusan Muamalat
3rd : Syariah dan Politik Islam
4th : Syariah dan Ekonomi
5th : Syariah dan Astronomi Islam
6th : Syariah dan Fiqh Usul

dalam mind set aku, aku x berharap pun nk dapat syariah dan undang2 .. Sebabnya ramai member2 aku yang genius2...jauh lebih layak dari aku untk ambik kos tu...English dan Muet aku bukannya hebat pun...aku rasakan bahawa aku mungkin akan dapat 2nd choice Pengurusan Mualamat...sbb kos ni banyak main dengan Math....
Alhamdulillah, rezeki aku di sini :)

3) kalau nk diikutkan sejarah silam, sejak aku naik f4 aku mula berminat dgn Undang-undang, semua nya dari Sejarah...aku minat laaa......cikgu Zainon sumber inspirasi aku...banyak jasanya tentang sejarah yang aku dh belajar...Almaklumlah , dulu time f3 aku tersangat la terok sejarah...serius aku katakan, dulu time menengah rendah aku x minat langsung dengan sejarah....tp bila dh melangkah ke menengah atas, segalanya telah berubah...dari situ la aku built hope nk futher stdy dgn kos tu....

4) time dapat result SPM, alhamdulillah, sejarah dan arab tinggi aku ok la, but english aku hampeh.....terok la....then, terus aku tnye Ustazah Mazlina yang kebetulan ada kat situ : 

fendi :: Ustazah !! kalau dengan result sy nie, boleh x sy nk sambung Syariah dan Undang-undang...maksudnya sya nk buat 2 ijazah berkembar sekali...
ustazah :: urm !!! insyaAllah boleh, tp english tu susah la sikit...sbb kos ni banyak guna English...
(aku terdiam seketika )....sedih gak la......

5) aku x kira, time UPU aku isi juga Undang-undang ni...sbb aku sangat nekad nk sambung ni...

1st : UIAM - Asasi Undang-undang
2nd : USIM - Tahmidi Syariah dan Undang-undang
3rd : UM - Asasi Syariah










6) Selepas dapat result, April 2009, aku dipanggil oleh Ustaz Zulhazmi .....dapat offer sambung stdy in Syariah di University Of Yarmouk Jordan .....Alhamdulillah...dalam hati memang nekad nk p sambung sana....tp bila d check semula. ada masalah sikit....family aku xdak duit nk melepaskan aku futher stdy kat sana ...... so, terpaksa aku tolak.....mungkin bukan rezeki aku buat masa sekarang.....!! ku doakan agar aku dapat melanjutkan pelajaran ke University Of Yarmouk Jordan suatu hari nanti....amin..


7) awal May 2009, aku dapat offer letter, sambung belajar di Matrik (Kolej Matrikulasi Pulau Pinang) dalam jurusan akaun...ramai kawan-kawan aku decide nk sambung sana....tapi aku tolak.. dengan alasan, buat apa aku nk ikut kawan ..ini masa depan aku..sbb cita-cita aku nk sambung undang-undang.. .so, aku tolak tawaran nie ..dari situ la, aku bertambah-tambah nekad nak sambung UNDANG-UNDANG....


University Of Malaya
9) May 2009 , bila dapat2 keputusan , aku dapat Asasi Syariah University Of Malaya , Kelantan, Nilam Puri...Alhamdulillah la...tp mana undang-undangnya... ????
agak sedih juga la time tu...tp bersyukur atas segala nikmat dan rezeki yang telah diberikan....aku decide utk smbung situ, sbbnya aku ada dengar, syariah ni ada undang-undang...tp bila aku pun sana, rupa-rupanya.....bukan semua syariah nie undang-undang....syariah ada banyak cadang.....tapi yang pastinya..walau apa pun yang berlaku aku tetap nk UNDANG-UNDANG...





Institut Perguruan Perlis
10) Julai 2009, aku dapat Offer letter untuk sambung stdy di Institut  Perguruan Perlis , dalam jurusan Bahasa Melayu, Sains Sosial dan Pendidikan Jasmani Bersekutu....Alhamdulillah, pada mulanya aku memang decide nk sambung sana disebabkan subjek di University Of Malaya Nilam Puri fully in arabic..aku tersangat stress ....tp bila difikirkan balik, aku bukannya nk jadi guru, tapi aku menda lain....Fendi !! hg kena based balik dgn niat hg sebenarnya....nk sambung UNdang-Undang kan...
so, disebabkan itu, aku tolak lagi tawaran aku nie....



11) di kampus University Of Malaya , aku belajar semua dalam arab ....perghh !!! dah la aku x pandai arab...tp xpe..usaha slow2......sbbnya aku nk buktikan, cita-cita aku untuk sambung kos undang-undang  !!!
cukup la pengalaman dan pengorbanan aku selama 2 tahun di sana, !!!! banyak cabaran yang aku lalui.....antara subjek yg aku blaja...

-Sirah An-Nabawiyah
-Tauhid Al-Islamiyyah
-Al-Quran Tajwid
-Ulum Al-Quran
-Ulum Hadis
-Fiqh Ibadat
-Kemahiran Hadis (100 Hadis)
-Tasawur Al-Islamiyah

Segalanya ni dalam arab...hnya Tuhan sahaja yang tahu...
aku x sanggup mengulanginya.....

time orentasi pihak pentadbiran ada la bg breafing :
 syariah nie ada 6 pilihan : undang-undang, ekonomi, usul fiqh, astronomi islam, politik islam dan pengurusan muamalat .....
alhamdulillah...ada undang-undang...nekad nk sambung tu...

12) ahamdulillah..segala doa dr ibubapa,guru, dan sahabat2ku akhirnya, berjaya juga aku melangkah ke Ijazah Sarjana Muda Syariah Dan Undang-undang University Of Malaya September ni ..amin...

kudoakan agar segalanya berjalan dengan lancar...
InsyaAllah, kalau ditakdirkan selepas habis dgree cita-citaku untuk futher stdy kat University Of Yarmouk, Jordan ...amin....

Terima kasih atas doa semua ~~ syukur Alhamdulillah


Wednesday 13 July 2011

Jiey :: The First Person Who Create My ( Facebook )



FACEBOOK
Inilah insan yang create my account facebook,
you come from nowhere,
and i was tell for you, at the sem break,
that i wanna needed a facebook,
and you volunteer to create'it for me,
from there,
i find my greatest happiness,
there would be emptiness without you (FB)
each day'ill seem endless

 

from : http://norafandi-fendy.blogspot.com/

terima kasih sangat2 kerana buatkan account facebook kat fen since ( Nov 2009)...
kalau bukan kerana jiey,
maknanya tak dapat la fen nk berfacebook dgn kawan-kawan yang lain..
nak upload pix / download / Share link / Post Comment / Chatting dll...
maybe jiey dah lupa ,
but fen still ingt orang first yang create account facebook kat fen ....

"Jasamu jiey bagi fen adalah sangat bermakna dan berharga,
ikhlas fen katakan untung dapat kawan dan sahabat seperti jiey" ....
friendship forever >>>  LOVE YOU .....

Tuesday 12 July 2011

5 Usamah (2008) -4 Inspiring Years Of Bani Usamah

4 Inspiring Years Of Bani Usamah
from : http://norafandi-fendy.blogspot.com/

 4 years inspiring years
from the diary of an 4 years old
SMASH
i just want to say
just strive for your excellence
until the end of the world
and
YOU'RE ALWAYS ON MY MIND


Al-kisah bermula di sebuah kerajaan yang bernama Bani Usamah. Kerajaan ini menggunakan system demokrasi dalam pentadbirannya. Selain itu, kerajaan ini ditadbir oleh Yang Mulia Ratu Dang Anum yang mempunyai sifat keibuaan dan keprihatinan terhadap rakyatnya. Pentadbiran ratu dibantu oleh Perdana Menteri Bani Usamah iaitu Dato’Seri Dzulikhwan a.ka Cibon yang terkenal dengan sifat lemah lembutnya dan merupakan seorang jurulatih sepak takraw di Negara ini. Jawatan beliau dipilih melalui system pilihanraya yang diadakan. Timbalan Perdana Menteri pula disandang oleh Dato’Seri Ashraf Farhan “Paan” yang juga terkenal sebagai artisan dan pelukis Negara. Beliau banyak menyumbang idea dalam memastikan Negara berada dalam keadaan ceria.

            Bagi hal-hal persuratan pula diserahkan kepada Dato’Seri A.C.A.B Lah yang merupakan veteran askar Negara ini.Untuk hal perbendaharaan dan kewangan oula diberikan kepada Tan Sri Nidhal Mujahid yang juga merupakan ahli Parlimen yang terkenal di Negara ini. Ahli pentdbiran Negara yang terakhir ialah Dato’Seri Najmi yang bertanggungjawab mengurus kebersihan dan keceriaan Negara. Dia juga terkenal dengan sifat peramahnya dan taglinenya “ Bangun”!!!!!!!”.. Negara ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu utara, selatan, timur, barat.

Di bahagian utara, didiami oleh beberapa orang rakyat antaranya ialah Prof. Nor Afandi  yang merupakan seorang cendiakawan pelbagai bidang dan seorang pendebat yang handal. Selain itu, kawasan itu turut didiami oleh Adam Renjonk yang merupakan seorang pengurus kewangan di salah satu syarikat yang terkenal di Negara ini. Di sini juga terdapat 2 orang sahabat yang sangat rapat P-doih yang memegang jawatan ketua polios Negara dan sahabatnya Anwar Bolt yang menjadi atlet kebanggaan Negara yang merangkul pingat emas acara 100 M, 200 M dan 4X100M di Olimpik yang berlangsung di Narnia. Seorang lagi penduduk di kawasan ini ialah Hazwan yang membela dan menjual pelbagai spesies ular di dunia (ada lesen dari PERHILITAN).


            Di bahagian timur, tinggallah seorang pahlawan Negara di dalam hutan iaitu Shahril Rentap yang hebat dalam member arahan dan berlawan. Antara arahannya yang termasyhur ialah “Janganperbetulsampin!!!” sebanyak 3X kepada bala tenteranya. Di bahagian barat pula, tinggallah seorang ulama masyhur di Negara ini iaitu Al-Akh Al-Sheikh Mursyidul Am Maulana Safwan yang cekap dalam hukum hakam agama dan merupakan seorang pengeluar dan pengedar nasi lemak yang tersohor di Negara ini. Seorang lagi rakyat yang terkenal dengan sifat cerianya dan sporting iaitu O-ne yang mempunyai leher yang amat jinjang bak Zirafah yang berasal dari Afrika.

            Di bahagian selatan pula, rakyatnya diketui oleh seorang penglipur lara kerajaan yang terkenal sebagai Tun Rai Sangkalibut. Dia merupakan rakyat yang paling veteran dalam kalangan rakyat yang lain. Apabila dia bercerita, semuanya akan terpegun mendengarnya. Di sini juga tinggallah seorang saudagar kaya yang berasal dari Tanah Arab, Achu Capique a.k.a Bomb yang pandai berniaga berbisnes bermacam-macam barang niaga terutamanya haiwan ternakan (Unta). Di satu ceruk bahagian ini tinggallah 2 orang sahabat Kimi Garcia yang merupakan pengkritik sukan di dalam Negara dan Y.B Hafis KEMAS (bukan tadika) yang kini sibuk berkempen untuk memenangi pilihan raya dan menduduki kerusi Parlimen Bani Usamah. Di pinggir Negara ini terdapat 2 orang “fighter Tekken” yang sering membuat huru-hara di dalam Negara ini iaitu Ash Mishima dan Zack Mishima. Walaupun begitu, tanpa mereka maka sepilah Negara ini. Seorang penduduk yang tinggal di bahagian itu juga iaitu Cik_Own @ Solehulhafiz yang terkenal dengan mulut lazernya dan kelantangan suaranya walaupun bertubuh kecil serta berkening ala-ala Ziana Zain. Di satu bahagian yang agak tersorok dan “rongak” bak giginya Pali@Feri seorang pewaris (Pulau Talang-talang). Beliau juga dikenali kerana bakat semula jadinya alam bidang sukan. Di dalam daerah itu juga terdapat seorang Dato’ iaitu G-man yang agak uzur dan sering merehatkan dirinya(tidoq) tetapi apabila diajak berbicara maka beliau akan menjadi seorang yang amat peramah.
 
                                                       Di tengah-tengah bahagian ini muncullah seorang mawas opps tersasul…..muncullah seorang raja yang di_giloooeeee ramai….iaitu Pak Yat Joker yang suka memcerminkan dirinya sehensem Amy Search.

            Begitulah aneka ragam rakyat di Negara ini, tetapi kesemua tokoh di dalam Negara ini mempunyai ikatan ukhwah dan persahabatnya yang cukup erat dan kuat dan sentiasa menjadi ingatan kepada setiap rakyatnya dan pendidik(cikgu-cikgu) yang banyak menabur jasa terhadap mereka…..WALLAHU’ALAAM… 

Monday 11 July 2011

Resign Letter


Nor Afandi Bin Mohd Sohime
164 Permatang Damar Laut,
11960 Bayan Lepas,
Pulau Pinang.
 _____________________________________________________________

Penang Seagate Industries (M) Sdn. Bhd.
88 Lebuhraya Kampung Jawa,
Taman Perindustrian Bayan Lepas,
19000 Penang, Malaysia.
                                                                                                    12  Julai 2011
                                                                                                                                                               
Tuan / Puan

PER : PERMOHONAN BERHENTI KERJA

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
Sukacitanya dimaklumkan NOR AFANDI BIN MOHD SOHIME , NO. GID 471754NO KAD PENGENALAN 911021-07-5317 memohon untuk berhenti kerja sebagai Operator Pengeluaran "Department Cleanroom" di Penang Seagate Industries.

2              Hal ini kerana, saya telah mendapat tawaran untuk bekerja sebagai Guru di Sek Rendah Islam Bahrul Ulum (SRIBU). Sehubungan dengan itu, saya ingin membuat persediaan yang lebih awal agar segalanya berjalan dengan lancarnya.

3              Di kesempatan ini, saya mengucapkan terima kasih di atas segala khidmat nasihat, dorongan dan tunjuk ajar dari semua kakitangan di kilang ini . Sesungguhnya banyak pengalaman baru yang dapat saya pelajari sepanjang berkhidmat di sini.

4              Akhir kata, saya berharap permohonan ini dapat dipertimbangkan dan mendapat kelulusan dari pihak tuan. Kerjasama dari pihak tuan amat dihargai.

Sekian. Terima kasih.

Yang Benar,                                                                                                                                       
FENDY
…………………………………………
(NOR AFANDI BIN MOHD SOHIME)

SKPDL - Percious Moments

 
The Percious Moments

SKPDL

"You come from nowhere
you are the last great wall
on this south bay
you are the gloriest
you are the greatest
you are the best
you are everything "

The Truthly : Fen NinetyOne Fen
http://norafandi-fendy.blogspot.com/
12 Julai 2011 ( 0013am)


6 Iltizam (year 2003)
Sedar ataupun tidak dah 8 tahun kita telah melangkah jauh meninggalkan sek rendah, sememangnya zaman sekolah dulu adalah zaman yang paling terindah dalam hidup,
tak kira la either Tadika, Sek Rendah or Sek Menengah,
today aku nk b'crita about my SKPDL.....
tapi aku stat terus dengan darjah 6 ye.....


Dulu, aku ni kira head prefect + head students kat situ...so kuasa automoni utk menakluk dan memerintah sangat tinggi la...dah jadi macam "prince" kat sekolah.....hahaha
yang best nya dulu, setiap students dlm kelas aku
(6iltizam) ada couple masing2....so gossip among us nie tersangat la panas...ada sampai kantoi surat cinta lg kat bawah meja...(surat cinta yang telah digunting2 halus , juz tunggu masa untuk dicantumkan je) betoi x ?? Nur Hazwani ??? hihi...nie semua kerja geng2 pengawas lelaki la ( Zainuddin, Nasrullah, Zulhilmie ) dan ketuanya sapa lagi -aku larh....kami dulu boleh dikatakan masing2 ada couple hooo...so jgn sesekali kacau....dangerous....hahaha...

Kamarul Zaman
The Greatest Hottest Couple ::
Fendy + Hazwani .. 
Kak Cik + Zainuddin ...  Shimah + Hafizudin ....
Yani + Syahmi....

The Hottest Couple ::
Nadiah + Nasrullah ...
Zulhilmie + Intan .... 
Syahirah + Azran ...
Syafiq + Azimah...

itulah yang aku ingt....dekat 16 orang bercouple dalam kelas aku dulu.....
Suhana
macam-macam kerenah la kami dulu, tak siap homework la terutamanya (math) , boleh dikatakan setiap hari suara SupprANOO Cik. Normala Johari akan kami dengar....

wOiii !! hampa x reti2 nak diam ka...dah la kita ni kelas atas sekali..dengar 1 sekolah, hampa x malu ka...nanti  yang malunya nanti cikgu la..."" 

Zainuddin
Al-maklumlah, dia kan guru kelas kami dulu...so kena straight la sikit..
Guru Normala la antara paling garang dulu time kami darjah 6, n paling sporting Cikgu Rohani ..... Madam Noraini plak famous dgn cubitannya yang teramat pedis dan menusuk...arghhh !!!! tapi best nya dulu, Cikgu Normala akan bawa susu chocolate ...sapa yang boleh buat math/ dapat math paling tinggi maka dapatlah susu chocolate dari dia... jadi pakat ramai la yang duk berguru dgn "Fazrin Hassan Champions Math" time dlm kelas aku dulu..... yela kan nk tanya kak cik malu !! huhu

Al-Khuzaini
tu pasal cerita dalam kelas, pasal luar kelas pun aktif gak budak-budak 6 iltizam nie...mewakili sekolah sana sini, ada yang join menari sampai peringkat negeri ( Diva Siera Frivolous , Shimah) lagu Badarsila: Siti Nurhaliza...x lupa gak yang join competition "Pidato Piala Di Raja" , aku la (fendy) n "Pertandingan Bercerita" (Zainuddin)...dia sampai ke peringkat negeri wOO..jangan buat main....Majlis Tadarus Al-Quran pun ada dlm budak kelas ni join gak, Tilawah Al-Quran, Hafazan, Nasyid...perghh !!! xpernah2 menang pun..just sekadar ambik bhagian je...yelah kan yang masuk nya aku....hampeh !!! haha..Sukan Tahunan budak 6I ada team2 yang power, kalau acara balapan 

Nur Azimah

Kategori Lelaki::
- Nazrul Syamer, Nasrullah , Zharis , Fendy

Kategori Perempuan ::
- Hashimah Hasnan (olahragawati) memang hebat...dapat anugerah Kokurikulum terbaik lagi Kategori (P)

Lontar Peluru kelas kami ada Champions Chip ::
- Nur Iryani & Muhammad Syahmi ....
Lailatul

Kalau tengok dalam kelas aku ada primadona tau Intan Bashah & Nurazni Azreen.... si lailatul ni pun Gorgeous gak dulu.....

Permainan tradisi dalam kelas dulu batu seremban, tudung tin, foto dan lawan pemadam....kalau dulu, batu seremban pencabar aku "Hashimah Hasnan" Princess Of Seremban Stone..hahaha....




Nur Atikah
Member aku kelas 6 iltizam (year 2003)

1. Nor Afandi B Mohd Sohime
2. Muhammad Syafiq B Mohd Noor
3. Kamarul Zaman B Mohd Noor
4. Muhammad Zainuddin B Baharuddin 
5. Muhammad Al-Khuzaini B Hamzah
6. Zulhilmie Nizamuddin B Mohd Nawi
7. Muhammad Syahmi B Sahidan
8. Muhammad Hafizudin B Roslan
9. Tan Chin Chong
10.Nasrullah B Abu Bakar
11. Muhammad Nazrul Syamer
Amira Syahida
12. Muhammad Fazrin B Hassan
13. Muhammad Fazrin B Shah
14. Arvin 
15. Afiq B Ismail
16. Muhammad Zharis B Mad Said
17. Azran
18. Shahrizan
19. Umi Syukriyah 
20. Umi Fikriyah
21. Intan Bt Hamizan
22. Nurazni Azreen B Abd Aziz
23. Nurul Nadiah Bt Rosli
Nur Hazwani
24. Nur Hazwani Bt Mohd Zailani
25. Nur Iryani Bt Azman
26. Lailatul Bt Nordin
27. Amira Syahida
28. Syahirah Bt Alias
29. Norzee Hanim
30. Nur Mardhiyah 
31. Nur Atikah Bt Nurazam
32. Azimah Bt Othman
33. Farah
34. Suhana
35. Nur Hidayah Bt Abdul Halim
36. Aida Orkid
Syahmi

Cikgu-cikguku 6 Iltizam (year 2003)

Cikgu Normala :: Mathematics
Cikgu Rohani :: Bahasa Melayu Pemahaman + Penulisan
Madam Noraini :: Sains
Madam Che :: Bahasa Inggeris
Ustazah Rohaida :: Pendidikan Islam
Cikgu Nasir :: Kemahiran hidup
Nur Hidayah


UPSR nak dekat ni , Persediaan ???? ::
erm..stat dari situ la semua pakat fokus dgn soalan-soalan sebenar UPSR..cuak giler kot.....geng-geng kami ni majority mmg target nk masuk sekolah MRSM....langkawi kot...sebab tengok ramai yang berpotensi untuk dapat straight A's...mcm Intan, Hidayah, Mardhiyah, Nadiah, Suhana,Khuzaini, Kamarul  semua nie top2 scorer la kat sek dulu....tp bila dapat2 result....hanya seorang sahaja yang dapat 5A's .. 6 orang 4A ...sangat menyedihkan tapi Alhamdulillah syukur sbb kebanyakkannya dapat sekolah bagus2 :


1. SMK Penang Free School ( Kluster School ) - Khuzaini / Kamarul
2. SMKA Al-Mashoor (L) ( Kluster School ) - Fendy / Nasrullah
3. SMK (P) St.Georges ( Kluster School ) - Intan Bashah
4. SM Sains Sultan Muhammad Jiwa - Nurazni Azreen
Nur Hashimah
5. SMKA. Al-Mashoor (P) -Nur Mardhiyah / Hidayah
6. SMK Bukit Jambul (Bestari) -Zainuddin/Shimah
7. SMK. Batu Maung - selebihnya.....

Nor Afandi
kenangan yang terukir di sekolah rendah adalah zaman yang paling berharga dan tidak sama sekali akan berulang kembali...semoga memori yang terukir dan terpahat di Sekolah Rendah Permatang Damar Laut akan terus dikenang sehingga ke akhir hayat......


 "jasamu guru yang mendidik dan mencurahkan segala ilmu sangatlah kami hargai, 
benarlah, 
kami tidak mampu membalas jasamu guru melainkan dengan kejayaan dan
keberkatan yang telah engkau curahkan kepada kami yang bernama pelajar "

"Doa kami untuk-mu guru-guru semoga terus berbakti untuk generasi anak bangsa yang akan datang"...amin

kujuga tak lupa nk ucapkan terima kasih banyak2 kat sapa yang sanggup baca blogger aku ni !!! so after baca nie jd la follower aku tau ....
lou u'ollzz so much !!! ........terima kasih sbb korang semua jadi kawan aku :) hihihi..assalamualaikum...