Followers

I Believe-irfan Makki Ft. Maherzain Mp3

Monday 29 August 2011



Salam Aildilfitri Minal Walfaizin..Kullu'am wa antum bithoiyyibin..
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin :
Maafkan segala khilaf / dosa2ku yang lalu....
Moga dipertemukan dengan Ramadhan yang akan datang !!

Tulus Ikhlas :
Nor Afandi Mohd Sohime@Fendy@Fen_NinetyOne —

Saturday 13 August 2011

Drama Bersiri : Juvana

Tajuk : Drama bersiri ( Juvana )
Episod : 1-13
Cerita : Kehidupan pelajar sekolah Juvana



Juvana drama bersiri terbaru di TV3 akan ke udara setiap Isnin jam 9 malam bermula 25 April lalu. Drama Juvana ini menggantikan Gemilang .Serius...sangat best drama bersiri ni..


Para Pelakon
Bront Palarea, Zahiril Adzim, Izreen Azminda, Irfan Roslan, Beto Khusairy, Kuswadinata, Hariry serta bakat-bakat baru seperti Johan Ariff, Syazwan Zulkifly, Wan Atiqa Farhana, Adam Shah, Khairul Mohamed, Syukri Yahaya, Riki Rikando, Idzham Ismail, Helmi dan Talha Harith.



Sinopsis Penuh
Kisah bermula apabila Daim bin Yahya (Zahiril Adzim), seorang remaja 17 tahun yang pendiam dituduh membunuh ibunya dan teman lelaki ibunya. Tidak upaya untuk membela diri dan membuktikan kenaifannya, Mahkamah menjatuhkan hukuman agar dia dihantar ke Sekolah Pemulihan Akhlak Wira Bakti (sebuah sekolah NGO) sehingga dia cukup umur untuk dibicarakan.

Bermulalah episod ngeri Daim yang menjadi mangsa buli oleh sekumpulan pelajar diketuai oleh Botak (Johan Ariff). Encik Raja (Bront Palarae), warden yang tiada belas kasihan hanya membiarkan kejadian tesebut terus berlaku. Pengawal sekolah, Tony (Hariry) yang menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah hanya memburukkan keadaan Daim. Cikgu Ariffin ( Beto Khusairy) dan Cikgu Azmee (Irfan Roslan) juga mengambil langkah atas pagar dan enggan masuk campur dalam kes pergaduhan pelajar.

Daim hanya mempunyai harapan semula apabila Cikgu Zakiah (Izreen Azminda), seorang tokoh guru bimbingan dan kaunseling menerima tawaran untuk mengajar di Sekolah Wirabakti. Cikgu Zakiah teruja dengan tawaran tersebut dan bercita-cita untuk membimbing pelajar-pelajar di sekolah juvana. Namun begitu,, tugasnya tidak mudah dilaksanakan kerana pelajar-pelajar di sana samseng belaka dan tidak mahu belajar. Warden Raja tidak suka dengan kehadiran Cikgu Zakiah kerana dia memerlukan lebih ramai pengawal dan bukannya guru. Bagi Warden Raja, Sekolah Wirabakti hanyalah sebuah penjara untuk pesalah-pesalah juvana dan cuma kekerasan yang dapat mengawal budak-budak tersebut.

Di bawah bimbingan Cikgu Zakiah, Daim mula mendapatkan keyakinan diri apabila dia menyertai kelab pendebatan. Daim sudah berani melawan balik Botak dengan cara psikologi untuk meleraikan pergaduhan dan mula mendapat sokongan daripada pelajar-pelajar lain. Namun, apa yang Daim dan Cikgu Zakiah tidak tahu ialah isi hati Warden Raja yang dilihat seakan setuju dengan perubahan positif yang berlaku dalam sekolah tersebut. Daim dan Cikgu Zakiah sedang berdepan dengan ancaman nyawa daripada pihak yang tidak menyenangi tindakan mereka. Apakah yang akan berlaku seterusnya?
kena tengok la sampai habis--episod 13....

P/s : tapi serius aku katakan...cerita ni tersangat2 best..bukan senang nk jumpa drama yang mengisarkan tentang kehidupan pelajar sekolah juvana...buat pengarah drama ni>> mmg aku tabik spring la kat kau....







Saturday 6 August 2011

Terawih Tanpa-Mu

Tajuk  : Terawih Tanpamu
Tempat : Masjid Al-Qahhar, Permatang Damar Laut
Mood : sayu + sedih...... 


Masjid Al-Qahhar, Permatang Damar Laut


Entah tiba-tiba hari ni aku rasa sunyi terawih tanpa kawan2 sekampungku (Zainuddin,Qawiman,Syahmi, Hafizudin) yang selalu terawih dgn-ku...boleh dikatakan setiap tahun, depa2 mesti ada ...tp terawih tahun ni depa tak balik...agak sunyi la tnpa kehadiran depa2 ni....




Dulu, tempat ni la yang kami selalu solat (side kanan), tapi malam ni tanpa kehadiran depa2 ni serius aku terasa sangat sunyi.....
ingt lagi zaman2 sekolah menengah dulu, kalau kena minggu balik...aku ,qawiman, zainuddin akan setting p solat terawih sama2...jumpa kat mna/ pakai baju apa/ bila nak balik dll....mmg best la...
kalau nk diingatkan kembali !!! kami akan solat terawih 8 rakaat, selebihnya kami akan sembang sampai la imam habis ke rakaat yang ke 20 ....
macam-macam cerita la yang kami sembang..pasal sekolah/kawan/plan bulan puasa ni and yang paling best cite pasal planning nak p raya kat mna....wahh !! sangat best...



Sungguh indah kenangan tahun2 sebelum ni, ku mengharapkan agar hampa2 semua ni sempat la pulang ke penang n dapat solat terawih sama2.....
jujur aku cakap..
aku sgt rindu kat hampa semua !!!!

P/s :: ku mendoakan agar kita dapat solat terawih sama2 tahun ni..InsyaAllah ..amin..


Fasting Break

Title : Fasting Break
Menu : Set A
Location : Hammerbay (Qb)
Mood : The Percious Day in My'life

Adopted Sis + Bro

The Percious day !! first time Dinner ngn Kak Munirah + Kak Miftahul Jamilah...
rasanya dah 4 tahun x jumpa dgn dia ..last pun time aku form 4 ....tu pun jumpa kejap je kan (kat stadium) time tu aku suruh dia mai tgk aku lompat jauh final peringkat negeri MSSPP ...terima kasih ya datang !!!

*dah ditakdirkan kita dapat jumpa kan* Alhamdulillah la..

Menu Last Nite :

Ikan Bakar Siakap + Sayur Kailam + Sotong Celup Tepung + Sambal Belacan + Tomyam
 Carrot Juice + Bali Ais

P/s : Ikan Siakap Bakar sedap...fen suka sambal dia.....rasa pedas2 and manis2 sikit.




Serius aku katakan,  best dapat sembang dgn kak Miftahul Jamilah ...walaupun baru kenal, tp sangat ramah..bagus la, bukan senang nk dapat jumpa ngn org macam ni (sangat friendly)...Hope lepas ni ,kalau ditakdirkan boleh la kita HangOut sekali...

Kak Miftahul Jamilah



Memory ::


Bila teringat balik , rasa lawak pun ada gak, sbb kami ni kenal dalam bas je...tu pun time perjalanan balik N9-Penang , Anugerah Pertandingan ASAT ( Anugerah Seri Asrama Terbilang) peringkat kebangsaan tahun 2006...semuanya berlaku secara kebetulan dan tak dirancang....
Alhamdulillah sebab pertemuan yang sekejap dapat berkekalan sehingga kini.....Sedar atau pun , dah 5 tahun kita kenal kan...
Dengan harapan, harap pertemuan semalam bukannya pertemuan terakhir kita, but akan ada lagi pertemuan sebegini di masa akan datang..InsyaAllah....