Followers

I Believe-irfan Makki Ft. Maherzain Mp3

Thursday 15 September 2011

Cerita Paling Sedih Dan Penuh Pengajaran


Cerita Paling Sedih Dan Penuh Pengajaran


Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.



"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!

Monday 29 August 2011



Salam Aildilfitri Minal Walfaizin..Kullu'am wa antum bithoiyyibin..
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin :
Maafkan segala khilaf / dosa2ku yang lalu....
Moga dipertemukan dengan Ramadhan yang akan datang !!

Tulus Ikhlas :
Nor Afandi Mohd Sohime@Fendy@Fen_NinetyOne —

Saturday 13 August 2011

Drama Bersiri : Juvana

Tajuk : Drama bersiri ( Juvana )
Episod : 1-13
Cerita : Kehidupan pelajar sekolah Juvana



Juvana drama bersiri terbaru di TV3 akan ke udara setiap Isnin jam 9 malam bermula 25 April lalu. Drama Juvana ini menggantikan Gemilang .Serius...sangat best drama bersiri ni..


Para Pelakon
Bront Palarea, Zahiril Adzim, Izreen Azminda, Irfan Roslan, Beto Khusairy, Kuswadinata, Hariry serta bakat-bakat baru seperti Johan Ariff, Syazwan Zulkifly, Wan Atiqa Farhana, Adam Shah, Khairul Mohamed, Syukri Yahaya, Riki Rikando, Idzham Ismail, Helmi dan Talha Harith.



Sinopsis Penuh
Kisah bermula apabila Daim bin Yahya (Zahiril Adzim), seorang remaja 17 tahun yang pendiam dituduh membunuh ibunya dan teman lelaki ibunya. Tidak upaya untuk membela diri dan membuktikan kenaifannya, Mahkamah menjatuhkan hukuman agar dia dihantar ke Sekolah Pemulihan Akhlak Wira Bakti (sebuah sekolah NGO) sehingga dia cukup umur untuk dibicarakan.

Bermulalah episod ngeri Daim yang menjadi mangsa buli oleh sekumpulan pelajar diketuai oleh Botak (Johan Ariff). Encik Raja (Bront Palarae), warden yang tiada belas kasihan hanya membiarkan kejadian tesebut terus berlaku. Pengawal sekolah, Tony (Hariry) yang menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah hanya memburukkan keadaan Daim. Cikgu Ariffin ( Beto Khusairy) dan Cikgu Azmee (Irfan Roslan) juga mengambil langkah atas pagar dan enggan masuk campur dalam kes pergaduhan pelajar.

Daim hanya mempunyai harapan semula apabila Cikgu Zakiah (Izreen Azminda), seorang tokoh guru bimbingan dan kaunseling menerima tawaran untuk mengajar di Sekolah Wirabakti. Cikgu Zakiah teruja dengan tawaran tersebut dan bercita-cita untuk membimbing pelajar-pelajar di sekolah juvana. Namun begitu,, tugasnya tidak mudah dilaksanakan kerana pelajar-pelajar di sana samseng belaka dan tidak mahu belajar. Warden Raja tidak suka dengan kehadiran Cikgu Zakiah kerana dia memerlukan lebih ramai pengawal dan bukannya guru. Bagi Warden Raja, Sekolah Wirabakti hanyalah sebuah penjara untuk pesalah-pesalah juvana dan cuma kekerasan yang dapat mengawal budak-budak tersebut.

Di bawah bimbingan Cikgu Zakiah, Daim mula mendapatkan keyakinan diri apabila dia menyertai kelab pendebatan. Daim sudah berani melawan balik Botak dengan cara psikologi untuk meleraikan pergaduhan dan mula mendapat sokongan daripada pelajar-pelajar lain. Namun, apa yang Daim dan Cikgu Zakiah tidak tahu ialah isi hati Warden Raja yang dilihat seakan setuju dengan perubahan positif yang berlaku dalam sekolah tersebut. Daim dan Cikgu Zakiah sedang berdepan dengan ancaman nyawa daripada pihak yang tidak menyenangi tindakan mereka. Apakah yang akan berlaku seterusnya?
kena tengok la sampai habis--episod 13....

P/s : tapi serius aku katakan...cerita ni tersangat2 best..bukan senang nk jumpa drama yang mengisarkan tentang kehidupan pelajar sekolah juvana...buat pengarah drama ni>> mmg aku tabik spring la kat kau....







Saturday 6 August 2011

Terawih Tanpa-Mu

Tajuk  : Terawih Tanpamu
Tempat : Masjid Al-Qahhar, Permatang Damar Laut
Mood : sayu + sedih...... 


Masjid Al-Qahhar, Permatang Damar Laut


Entah tiba-tiba hari ni aku rasa sunyi terawih tanpa kawan2 sekampungku (Zainuddin,Qawiman,Syahmi, Hafizudin) yang selalu terawih dgn-ku...boleh dikatakan setiap tahun, depa2 mesti ada ...tp terawih tahun ni depa tak balik...agak sunyi la tnpa kehadiran depa2 ni....




Dulu, tempat ni la yang kami selalu solat (side kanan), tapi malam ni tanpa kehadiran depa2 ni serius aku terasa sangat sunyi.....
ingt lagi zaman2 sekolah menengah dulu, kalau kena minggu balik...aku ,qawiman, zainuddin akan setting p solat terawih sama2...jumpa kat mna/ pakai baju apa/ bila nak balik dll....mmg best la...
kalau nk diingatkan kembali !!! kami akan solat terawih 8 rakaat, selebihnya kami akan sembang sampai la imam habis ke rakaat yang ke 20 ....
macam-macam cerita la yang kami sembang..pasal sekolah/kawan/plan bulan puasa ni and yang paling best cite pasal planning nak p raya kat mna....wahh !! sangat best...



Sungguh indah kenangan tahun2 sebelum ni, ku mengharapkan agar hampa2 semua ni sempat la pulang ke penang n dapat solat terawih sama2.....
jujur aku cakap..
aku sgt rindu kat hampa semua !!!!

P/s :: ku mendoakan agar kita dapat solat terawih sama2 tahun ni..InsyaAllah ..amin..


Fasting Break

Title : Fasting Break
Menu : Set A
Location : Hammerbay (Qb)
Mood : The Percious Day in My'life

Adopted Sis + Bro

The Percious day !! first time Dinner ngn Kak Munirah + Kak Miftahul Jamilah...
rasanya dah 4 tahun x jumpa dgn dia ..last pun time aku form 4 ....tu pun jumpa kejap je kan (kat stadium) time tu aku suruh dia mai tgk aku lompat jauh final peringkat negeri MSSPP ...terima kasih ya datang !!!

*dah ditakdirkan kita dapat jumpa kan* Alhamdulillah la..

Menu Last Nite :

Ikan Bakar Siakap + Sayur Kailam + Sotong Celup Tepung + Sambal Belacan + Tomyam
 Carrot Juice + Bali Ais

P/s : Ikan Siakap Bakar sedap...fen suka sambal dia.....rasa pedas2 and manis2 sikit.




Serius aku katakan,  best dapat sembang dgn kak Miftahul Jamilah ...walaupun baru kenal, tp sangat ramah..bagus la, bukan senang nk dapat jumpa ngn org macam ni (sangat friendly)...Hope lepas ni ,kalau ditakdirkan boleh la kita HangOut sekali...

Kak Miftahul Jamilah



Memory ::


Bila teringat balik , rasa lawak pun ada gak, sbb kami ni kenal dalam bas je...tu pun time perjalanan balik N9-Penang , Anugerah Pertandingan ASAT ( Anugerah Seri Asrama Terbilang) peringkat kebangsaan tahun 2006...semuanya berlaku secara kebetulan dan tak dirancang....
Alhamdulillah sebab pertemuan yang sekejap dapat berkekalan sehingga kini.....Sedar atau pun , dah 5 tahun kita kenal kan...
Dengan harapan, harap pertemuan semalam bukannya pertemuan terakhir kita, but akan ada lagi pertemuan sebegini di masa akan datang..InsyaAllah....


Saturday 30 July 2011

Cakerama : Suara Takdir



Reza Hasbi

Lokasi : Rumah ( Depan TV)
Masa : 10.00 malam
Mood : Happy !!! Cerita best !!
 
Assalamualaikum..  serius aku katakan, !! jarang untuk aku nk tengok tv..tiba2 malam ni kebetulan aku tengok Cakerama Suara Takdir ......


Sinopsis Cerita ::

Jom tengok soundtrack yang ada dalam cerekarama bertajuk Suara Takdir lakonan Lisdawati ni.. Oh ya.. Nama pelakon yang berlakon watak Aliff a.k.a Farhan itu ialah Reza Hasbi, beliau ialah pemenang tempat kedua pentas PILIH KASIH.. Suka tengok muka dia.. Macam sweet.. Ops! Jangan lebih-lebih.. 
cerita mengisahkan seorang ayah ( tukang kasut ) yang menyara kehidupan keluarganya. Namun, isterinya curang dengan meninggalkan suaminya dan berjumpa dengan ex-bf nya...setelah 8 tahun perkahwinan akhirnya berpisah sebegitu sahaja...
isterinya (lisdawati) dan anknya ( Reza Hasbi ) telah meninggalkan suaminya dan berjumpa dgn ex-bf nya...dalam pergelutan itu, lisdawati telah di tikam depan2 anaknya Aliff a.k.a Farhan (Reza Hasbi) ......bermula dr situ lah....kehidupan nya berubah...

Di akhir cerita itu, ayahnya kembali berjumpa dgn anaknya Aliff a.k.a Farhan( Reza Hasbi)..time tu, bg aku tersangat2 sedih apabila anaknya tidak mengaku itu ayahnya !! dan ayahnya melutut di kaki anak nya.. Ya Allah...sayu rasa hati ni tengok scene yg mcm tu...tersangat2 sedih... !!!
bagi aku drama aku bagi gred A++++ . Aku menangis kot di akhir cerita.. :'(
http://www.youtube.com/watch?v=eLJf4sMkrYM

REPVBLIK - HANYA INGIN KAU TAHU
Gred A+++ aku bagi !!!!

Ku tlah miliki
Rasa indahnya perihku
Rasa hancurnya harapku
Kau lepas cintaku

(1)
Rasa kan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu

(2)
Houoo aku
Hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

(3)
Tuk lalui
Waktu yang tersisa kini
Di setiap hadirku
Di sisa akhir nafas hidupku

Walaupun semua
Hanya ada dalam mimpiku
Hanya ada dalam anganku

Ku lewati itu
P/s :: itu je yang aku boleh share .... selamat malam semua !! nunite .....

The Owner Of This Blogger

The Owner ( Fendy )



Rasanya tak pernah lagi aku bercerita tentang diriku...so, kali ni aku nk cita backgroud fendy ni sebenarnya SIAPA ???

Nama : Nor Afandi Bin Mohd Sohime
Bufday : 21 October 1991
Asal : Penang

Pendidikan :
1) Sekolah Rendah Permatang Damar Laut
2) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Mashoor (L)
3) University Of Malaya, Kelantan( Foundation Syariah )
4) University Of Malaya KL ( Bachelor Of Syariah Law )

Kerja :
1) Sales Assistant Sunshine Square ( Dec 2008- Jan 2009 )
2) Cashier Marrybrown ( Jan 2009- Feb 2009 )
3) Clerk Jabatan Agama Islam Penang ( March 2009- May 2009 )
4) Teacher Sek. Rendah Islam Bahrul Ulum ( March 2011- Jun 2011 )
5) Waiter Restoran Ikan Bakar ( Jun 2011 )
6) Operator Penang Seagate Industries ( Julai 2011 )

Adik beradik : 2 shj ( seorang kakak )
Hobi : Sukan / Facebook /  Blogger
Cita : Peguam ( InsyaAllah )

-Hope korang semua yang dah baca  tntg diri aku ni, jadi la followers aku - thanks .....