Followers

I Believe-irfan Makki Ft. Maherzain Mp3

Saturday, 9 July 2011

Ceritera Hostel (1000)


HIKAYAT DARULQADNi
 
        Al-kisah , sebuah istana yang tersergam indah berpenghunikan 12 orang hulubalang istana dan seorang raja tanpa permaisuri..Dibina pada abad ke-20 Masihi.. TOGO !!! adalah nama lokasi di mana istana ini dibangunkan. Suasana persekitaran sungguh aman dan damai. Oleh disebabkan itulah istana ini menjadi tumpuan segenap penghuni dari istana-istana yang lain. Al-maklumlah , gelaran “Castle Of Champions” yang dipegang berminggu-minggu lamanya ..

      Raja istana yang baru berusia 19 tahun 8 bulan merupakan  seorang yang “happy go lucky” dan sangat “concern”  terhadap kebajikan anak-anak buahnya. Di dalam istana, terdapat banyak jenis haiwan peliharaannya. Antara binatang kesukaannya  ialah tikus belanda (guinea pig)-pets of Ikmal Aliff called as “Mael” .Keunikkan istana ini menempatkan, seorang pedagang import khas dari benua “South of Africa” iaitu saudagar “Haniff”…Setiap minggu pelbagai jenis barang yang akan diperdagangkan seperti “karpet, kayu sugi, kain-kain,ubat ,fair and lovely”dll..Beliau dibantu oleh Hussain saudagar ikan bilis,sotong kering,ikan kering di pelabuhan Dinasti Chin . Ini merupakan salah satu daripada sumber pendapatan istana.
 
        Najmi digelar “Mamu Cambel”~ merupakan penterjemah bahasa di istana. Pelbagai jenis bahasa mampu diterjemahkan “English, Mexico, Urdu, France, Arabic, Mandarin, Tamil”,.Akan tetapi bahasa tamil jua pilihannya. Al-maklumlah  bahasa tradisinya sejak zaman-berzaman. Beliau juga merupakan Chef istana yang mampu memasak pelbagai jenis resepi “nasi briani, gulai, dalca, roti naan, ayam tandoori, chapatti, roti canai”.sekali makan pasti nak lagi !!! 

       Setiap istana pasti ada pendeta ilmuan.“Izzul Islam” orangnya. Beliau  seringkali digelar
pendeta istana. Walaupun masih muda, tapi pemikirannya..perghh!!!sungguh bijaksana…hafalan Al-Quran, sifir dan formula-formula istana semuanya ada padanya. Luqman, dan Aiman sungguh “famous” dengan popularitinya sebagai penglipur lara istana .Setiap hari ada saja cerita “geng bas sekolah, gimmy neutron,sponge bob, naruto,ninja boy ” dll ..sangat x kering gusi !! mengalahkan “mummy jarum”  ..Tidak lupa juga buat gundik-gundik istana “faiz,muaz dan haikal”. Kadang kala mereka bertiga ini dijadikan sebagai dayang istana yang sentiasa berbakti dan menurut perintah buat raja tercinta.
       Syafiq Ronaldino’s merupakan “Castle of Soccer Star”. Pernah suatu ketika dulu, beliau pernah bergandingan dengan Fernando Torres,Messi in  “World Cup”di “GoldCoast AUS”..WoWW!! memang terbaik. Oleh disebabkan itu, beliau telah  digelar “Gold Star Award” version super junior buat abad ke-20 . Leftenan Isa, panglima istana yang tersangatlah aktif...dahi berjahit 7 jarum merupakan bukti keaktifannya.Itulah serba sedikit mengenai hikayat istana Darul-Qadni


No comments:

Post a Comment